Proses Penghasilan Budu

BUDU atau SOS IKAN BILIS ialah sejenis makanan yang popular di negeri Pantai Timur Kelantan yang diproses atau dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dibuat serta dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand.


Walaubagaimanapun pernahkah kita terfikir bagaimana proses penghasilan budu ini sehingga menjadi makanan kegemaran majoriti masyarakat kelantan.

Bahan yang diperlukan untuk membuat budu adalah

  • Satu kilogram ikan bilis
  • Garam kasar secukupnya
  • Segenggam asam jawa (isi sahaja)
  • Nisæ/gula melaka/manisan
  • Air secukupnya

CARA CARA


1. Bersihkan ikan bilis kemudian toskan

2. Bahagikan garam kepada lima bahagian kemudian taburkan bahagian pertama daripada pembahagian garam tadi kedalam bekas( bekas yang digunakan untuk memerap budu) sehingga rata. " sebaiknya guna bekas tembikar/porselin

3. Gaulkan ikan bilis dengan isi asam jawa sehingga rata. Kemudian bahagikan kepada empat bahagian

4. Masukkan  nisæ/gula melaka dan gaul rata.

5. Ikan bilis ditaburkan ke atas lapisan garam yang ditaburkan dalam bekas tadi. kemudian garam ditaburkan sekali lagi ke atas ikan bilis. ulang proses ini sehingga pembahagian garam dan ikan habis digunakan. Akhirnya lapisan garam dan ikan bilis terbentuk yang diakhiri dengan lapisan garam. kemudian isi air sehingga penuh.

6. Tutup permukaan bekas dengan kain kasa (lampin bayi pun boleh). Biarkan kain ini tegang di permukaan mulut bekas. Sebelum ditutup botol tersebut taburkan garam terlebih dahulu ( bagi mengelakkan lalat bertelur). Kemudian tutup bekas ini dengan penutupnya dengan ketat.

7. Simpan di tempat gelap selama 1 bulan atau hingga hancur secara keseluruhan.
elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari kerana ini boleh menyebabkan budu berulat. Sesekali jenguk lah hasilnya. Boleh juga dikacau untuk hancurkannya.

8. Setelah semuanya hancur, tapiskan pati budu ini dan gunalah seperti biasa. simpan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.

*petua*👇😲
gunakan gelas sebagai sukatan ikan dan garan dengan nisbah 3:1
(3 gelas ikan, satu gelas garam)


contoh video pemprosesan Budu Cap Ketereh di kelantan.

                                            nasi kerabu                                      nasi ulam




contoh contoh hidangan makanan yang mengandungi budu




"Desclaimer"
Blog ini dibagunkan untuk tujuan tugasan bagi subjek GKB1053 KEMAHIRAN BELAJAR, SEMESTER 1 PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. Jika terdapat sedutan atau tulisan mana mana pihak yang tidak dibenarkan dalam blog ini, sila masukkan di dalam ruangan komen untuk tindakan pembangunan blog.




Comments